Assalamualaikum hi.
Aku cuba juga hadap blog, supaya aku faham dan faham dengan design baru blog ni. Malah, takkan terkial-kial HAHAHA
Jadi semalam, aku dah cerita pasal interview Penyelia banci. Tapi, hari ini aku nak cerita pasal temuduga guru pasti. Aku main isi sahaja isi jawatan kosong yang disiarkan.
Apabila aku dah faham tatacara interview pada 14092020 lepas, jadi aku faham apa aku perlu bawa sewaktu interview hari ini. Walaupun pada awalnya mood aku fly. Selesma dan mata aku bengkak beberapa hari ini entah kenapa tetiba bengkak dan gatal huhu. Sedihlah.
Interview bermula pukul 9 pagi. Aku ada juga rasa debaran itu. Tapi, aku still cool buat macam pernah interview banyak kali. Padahal baru 2 kali. Hoho.
Pukul 9+ kami duduk ujian sebelum bermulanya interview. Soalan soalan yang diajukan ialah
• Bilangan ayat surah al-ikhlas
• Bilangan ayat surah al-fatihah
• Jawikan ayat yang diberikan
• Rumikan ayat yang diberikan
• Nama ibu Rasulullah
• Namakan Kota Yathrib selepas penghijrahan Rasulullah.
• Rukun Iman
• Niat solat 5 waktu
• Adab sebelum belajar
• Adab sebelum makan
• Sebab memilih jadi guru PASTI
Selesai jawab, kami diberikan masa 5 minut untuk rehat. Jadi, yang datang temuduga hanya 3 orang sahaja. Huhu, nasib 3 orang kalau ramai mungkin aku dah rasa nervous dia kut. Haha.
Maka, tibalah turn aku untuk interview. Penemu duga itu suruh perkenalkan diri, latar belakang keluarga, pendidikan.
Selepas itu dia tanya, aku pasal gaji di PASTI lepastu aku cakaplah
"RM800"
"Kalau kurang dari rm800 kamu nak berapa?"
"RM500"
"Okey baik."
Lepastu, ada seorang ustazah akan uji bacaan al-Quran dan tajwid. Alhamdulillah dapat jawab. Hoho. Lepastu dia tanya bahasa arab
"Tahu bahasa arab?"
"Tak, tapi waktu sekolah rendah saya pernah guna bahasa arab."
Penemu duga anguk anguk
"Okey kita cuba."
Maka, aku dapat jawab satu jelah. Haha.
Lepastu, penemu duga ketiga tanya pasal isu semasa. Aku pilih isu murtad. Haha. Itu sahaja yang terlalu dekat minda aku pun main ambil sahaja lah isu.
Settle bab itu. Tiba-tiba penemu duga tanya
"Adakah pemakaian kamu waktu dekat luar seperti datang interview?"
"Ya"
"Ooo patutlah saya suka penampilan kamu. Seperti muslimah sejati terakhir."
Hahahahaha aku terus ikut gelak. Seriuslah penemuduga itu sporting sangat. Hahahaha.
Banyak jugalah soalan dia. Tapi itulah aku malas nak ambil part sangat. Doakan aku dapat sahaja jawatan guru pasti itu ya :") aku kalau lama bekerja bawah pihak pasti aku akan ditawarkan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Hm fav aku deh!
Baiklah, isnin aku dah start bekerja. Memang bulan 9 ini aku banyak rezeki masuk. Tak kira dari segi kewangan dan pekerjaan memang Allah permudahkan walaupun mood swing habis pagi tadi. Huhu.
Bye, Fihifzillah! Jumpa lagi.
---
19092020
0520PM