Wednesday, December 23, 2020

Disember sudah!

 



Assalamualaikum dan Hi. Lama tak bersua 1 bulan tak berupdate. Huhu. Sebenarnya dah lama cuti hakikatnya aku sahaja tak on laptop dan pergi update blog. Banyak sungguh draft yang aku ciptakan haihs!


Jadi hari ini, aku pergi rumah kawan aku pergi tolong dia buat video presentation dia. Tergerak rasa diri ini untuk buka blog. Pergh! Ada yang komen panjang lebar dekat salah satu posting dekat blog nih. Terima kasih ye. Saya hargai :) 


Dannnnnnnn.. 


Aku terjumpa sesuatu di chatbox. Jengjengjeng



Aku jumpa ini *tepuk dahi. Serius aku tak kenal dia. HAHAHA! Berani sungguh share number dekat public yer? Kenapa tak contact je dekat instagram ke, twitter ke, facebook ke. HAHA. Ke dia salah orang ? Tak pernah kenal siapa bernama Zuhairi. Aku dahlah buka blog dekat rumah kawan. Kawan siap tanya kenapa. Aku tunjuklah bendalah ni. 

Aku nak cuba Whatsapp dia tapi aku malas pula. Rasa nak tanya 

"Assalamualaikum, ini Zuhairi?"

KAHKAH! Entahlah aku malas nak tahu. Tak meragui aku. Dan, aku yakin dia salah orang. Takkan dia crush aku kuttt. Entah entah Afiqah lainnnn. Afiqah banyak je dekat doniaaaa nihhh. HAHAHAHA. Takkan aku jeee! 


Dan, pada bulan 11 aku dah beli phone baru yeah! Rasa macam mimpi dapat beli phone sendiri. Muehehehe! 2021 perlu menabung supaya dapat beli laptop baru untuk buat kerja. Mana tahu rezeki tahun depan boleh sambung belajar balik ;p mana tahu kan kan rezeki tak salah alamat gitchu. Hehehe. 


Baiklah, takda idea sangat jadi. Nak end blog. Dan blogwalking sesiapa yang sempat tu je. 

Terima kasih ye!

Semoga baik, sihat-sihat sahaja. 

Fihifzillah.
231202020
Rabu


4 comments:

  1. hi, saya dpt benda yg sama yg zuhairi tu. tp dah delete chat tu, it is scary. jangan percaya banyak lagi blog yg dia left message mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay! thanks tau bagitahu :)) saya macam pelik tetiba. Adeh! HAHAHA. Nasib jenis yang tak nak mencuba kalau belum diragui. HAHA

      Delete
  2. Replies
    1. haah. tinggal berapa hari lagi dah 2021. Phew!

      Delete