Monday, June 7, 2021

Memaafkan



Terkadang bukan tak nak memaafkan
Terlalu dalam sakitnya 
Terlalu dalam kepercayaan diberikan
Tapi hanya sia-sia

Sampai satu tahap
Diri sendiri bermonolog
Maafkan sahaja silapnya
Sakit lagi tidak memaafkan orang 

Biarkan rasa sakit itu 
Asalkan kau memaafkannya


Kecewa
Sedih
Bila orang yang kita berikan kepercayaan 
Dimusnahkan begitu sahaja. 


Tak kisah dalam apa jua perkara pun
Sentiasa mengingati diri 
Terus memaafkan orang sekeliling
Tak buat salah atau buat salah 
Maafkan sahaja

Kunci sebuah kehidupan yang mengembirakan.
Moga kekecewaan yang dihadapi itu
Di ganti dengan kegembiraan yang tak terkata.


Laplah air mata itu,
Jangan terus menghukumi
Jangan terus menghakimi 
Kesalahan sesiapa 
Bangkitlah.

Kita manusia ada kurang ada lebihnya
Kita juga manusia tak akan tak pernah lari dari dosa
Mahupun masalah dunia. 


Moga terus bangkit wahai diri
Jangan terlampau memikirkan
Masih ada seperkara lagi harus kita fikirkan
Moga Allah permudahkan urusan kita.


AllahumaAamiin.

---
Lama sudah tidak bersua. HAHA. 
Jumpa lagi :) 

 

No comments:

Post a Comment