Sunday, August 1, 2021

Undur Diri

 


Assalamualaikum dan hai.

Baiklah, sebenarnya entry ini aku dah lama perap selepas kejadian/peristiwa pada 14.07.2021 merupakan second dose untuk vaksin. 


Dan, ini merupakan entry terakhir untuk aku berceritakan tentang dia since 2016, tapi aku banyak delete dan aku banyak draft cerita itu (rasanya) cukup setakat itu untuk aku simpan segala perasaan, buang segala-gala tentangnya. 


Hari ini bulan baru, tak mengapa. Lama kelamaan aku punya harapan akan musnah. Aku sebenarnya perlu kuat untuk taip semua benda ini. HAHAHA bukan sebab aku terhegeh-hegeh untuk dia. Disebabkan perasaan aku ingin mendekati sejak dahulu. 


Dari dia single, breakup, sekarang tak tahu masih single triangle triple ke apa entah. Tak nak ambil tahu. Aku pun ada future sendiri, aku pun tengah sambung study sambil bekerja. Berbaki lagi 6 semester untuk dihabiskan. Haritu exam terpaksa postpone. Kalau tak bulan 7 haritu dah masuk sem 2. Allah tahu sebaliknya perancangan. 


Bulan 7 aku kelam kabut. Dengan exam, dengan vaksin sekali gus aku rasa nak pergi jauh. Duduk seorang-seorang diri tak nak cakap dengan sesiapa. Dengan kawan aku pun yang selalu ada dengan aku pun dah pindah balik kampung dia. Lagilah bertambah kesedihan kecelaruan minda disitu. 


Haha, lama sangat tak menaip semua cerita aku masukan dalam satu entry. gamaknya! Hm. InshaAllah, doakan aku kuat. Kalau jodoh yang telah Allah aturkan itulah dia. Kalau bukan. Moga dipertemukan dengan lebih baik InshaAllah. Kita kejar cita-cita sama-sama. Komitmen kehidupan pun masih meningkat. Moga dipermudahkan urusan. 


Baiklah


Pada 1407, aku pergi vaksin untuk dose kedua. Waktu pagi itu pergi sekolah seperti biasa sebab pukul 9 dah bergerak ke PPV. Jadi dijadikan cerita, selesai perhimpunan untuk budak-budak. Aku dan rakan sekerja bergerak ke PPV untuk dapat no giliran yang lebih awal. Tapi tula tetap dapat nombor beratus-ratus. Dahlah waktu itu hujan. Kami dua park je motorsikal depan ppv tu je sedangkan parking disediakan HAHAHA. 


Dah dapat nombor giliran kami dua gerak je ke tempat yang telah ditetapkan. Hakikatnya penuh dalam pukul 10 begitu. HAHAHA, berdiri dulu. Lepastu, kawan aku tanya dekat perempuan yang duduk dekat kerusi tempat kami berdiri. Adakah betul tempat kami dua jejak untuk second dose. HAHA. Sebab aku ni jenis main terjah je kalau nampak orang guna no giliran sebiji warnanya. HAHA


Bila nampak kerusi kosong bawah khemah. Aku ajaklah kawan sekerja aku ni duduk bawah khemah daripada berdiri lama-lama dekat situ. Lepastu dia cakap


"Eee jangan macam-macamlah betul ka tempat kita dua ni."


Dia punya tidak yakin tu HAHAHA dengan cermin mata dia berkabus. Aku buat hal la dekat situ pergi tinggalkan dia. HAHAHA. Sambil panggil-panggil dia suruh melangkah pergi dari situ dan duduk bawah khemah. Waktu itu la aku macam nampak orang memerhati aku. Aku tak syak pun dia. Sebab aku rasa tak yakin sangat. HAHA. 


Aku pernah berdoa 


"Andai aku ditemukan dengan dia untuk kali kedua. Aku akan hargai masa itu."


Hakikatnya, aku rasa macam tak hargai masa itu. Aku rasa nak patahkan balik masa tersebut supaya aku dapat tegur dia kenapa tengok-tengok. HAHA. Dahlah dia tengok melalui celah-celah tiang besar. Siapa je nak syak orang tu enn. Dahlah guna mask. Serba hitam dengan cap sekali. 


Dah sampai dekat tempat duduk, aku rasa berdebar-debar. Kenapa ehh. Aku rasa macam nak toleh belakang balik untuk kepastian. Tapi aku tak kuat. Aku ajak kawan sekerja aku borak itu cara nak hilangkan debaran. Aku main scroll facebook pun yarabbi masih mendebarkan jiwa betul. 


No giliran makin hampir, aku nampak dia bangkit dari tempat duduk belakang dan duduk dekat dalam khemah. Dari situ semakin kuat terasanya debaran. Aku macam 


"Betul ke dia ni?"

"Pemakaian pun macam dia."


Aku bermain dengan perasaan sendiri. Kerusi pun dah makin banyak kosong. Aku cakap dengan kawan sekerja


"Jom ke depan. Duduk depan acah-acah no kita kena panggil lepasni." 


Kawan sekerja cakap, nanti-nanti. Lepastu baru kami dua bangkit. Waktu lalu dia, aku rasa yarabbi. Makin kuat debarannya walaupun lalu bukan tepi dia. Debaran tu terasa. HAHAHA. Bila dah no dia kena panggil. Aku macam 


"Ya Allah temukan kami semula dalam dewan tu kalau betul-betul dia."


Aku terus tak sabar-sabar nak dewan tu sebenarnya. HAHAHA bila mc dah sebut no giliran aku masuk tanpa scan check in sebab tak sabar nak dengar nama orang yang membuat aku berdebar-debar. Aku masuk dulu sebelum kawan sekerja aku. Aku melilau mencari kerusi tetiba kawan sekerja aku ada tepi aku. 


Ada pembantu dalam tu siap tunjuk kerusi kosong tu. HAHA. Aku dah nampak kerusi kosong, jadi berpisahlah kami dua. Aku duduk belakang, kawan aku duduk depan. Sambil nak scroll newsfeed fb. Aku masih berdebar-debar dalam tu. 


Sekali MC sebut sebijik nama dia. Terus rasa nak menangis dalam tu T_T . Selepas 5 tahun baru ketemu lagi. Walaupun tak berteguran. Terasa juga hati tu. Walaupun ada terdetik nak tegur dia tapi takut salah orang :'( memang rasa nak menangis terus dalam tu. Bila nama dia disebutkan. 


Terus hilang rasa debaran disebabkan orang itu telah dikenalpasti. Rasa macam tipu. Rasa macam mimpi berjumpa untuk second dose. Beberapa minit selepas itu, barulah aku dipanggil untuk vaksin. Hakikatnya, bila dah habis dan nak balik aku tercari-cari dia juga. Kot-kot ada disitu lepak ke apa HAHAHA hakikatnya tiada! 


Aku nak whatsapp dia pada mulanya, nak tanya dia ada di ppv ke. HAHAHA tapi aku tengok kenapa tak main phone HAHAHA. tu yang aku tak syak sangat. Dia memang tak main phone langsung waktu itu. haihs! Entahlah weii. 


Baiklah habis dah ceritanya! Lama aku perap dalam sini. Dan hari ini baru aku publish. 


Walaupun sekarang ada simpan sikit perasaan tentang dia. Tapi takpalah. Aku perlu undur diri. Aku perlu terima semua ini. Tak semua benda kita boleh menanti. Tak semua benda boleh berharap. 


Jadi, ini posting terakhir aku tentang dia. 

Bercerita tentang dia. 

Moga dia baik-baik sahaja. 

Moga dia dapat pekerjaan yang diminati. 

Moga ketemu lagi HAHAHAHA tak berharap pun. 


Moga aku terus kuat. Terus ke hadapan memikirkan masa depan daripada fikir benda sia-sia. Moga aku terus istiqamah memperbaiki diri. ke arah redha-Nya :) 


Aku tak nak sedih. Aku tak nak meratapi. Sekarang dah boleh fikir mana satu buruk atau baik. Dah dewasa. Untuk relationship berkekalan mesti jiwa yang bersedia menghadapi ke arah relationship yang serius dan bukan sia-sia. Right! 


Haa, doakan aku berjaya. Doakan dia pun berjaya hendakNya. 

Kalau dah Allah rancang untuk bertemu itu. Kita tidak boleh tolak. 

Kita manusia hanya mampu merancang. Tapi Allah punya perancangan itu terbaik. 

Alhamdulillah! 

Doakan aku kuat ya :) 

Aku usaha untuk undur diri, undur diri daripada perkara sia-sia. Aku nak undur diri dari semua benda. Nak bangkit. Aku tahu bulan ini birthday aku. Jadi, dah bertambah usia. Aku fikir apa yang aku pentingkan :)) Itu sahaja.


Baik, 

Moga ketemu lagi di entry seterusnya KALAU RAJIN HAHAHA. 


Fihifzillah,

Bye 

01082021

2 comments: