Sunday, September 5, 2021

Sibuk~

 



Assalamualaikum dan Hai. 

Kembali sementara HAHA sebenarnya aku sibuk sangat :'( sibuk beroverthinking. Kadang-kadang ada terasa nak buka blog dan menghabiskan sisa draft di tinggalkan punya malas dia lain maciemm. Aku sejak dua menjak ni asyik bermain dengan emosi yang menganggu segala hari-hari kegembiraan aku.


Aku tersenyum pun kerana terpaksa. Aku tak nak rosakan hari-hari aku sebenarnya :'( penatlah bersedih, penatlah beroverthinking. Kadang-kadang tugasan aku sebagai pengajar budak-budak ni kan, terganggu. Banyak kerja aku tangguh dan tangguh sampai satu tahap aku tak nak buat langsung. Aku biarkan dia begitu sahaja. 


Sebab itu sebenarnya aku tak nak bawa masalah sampai ke tempat kerja hingga hilang fokus dibuatnya :'(. Agak bersedih dan berfikir macam-macam. Haish! 


Entahlah, aku rasa nak bebas daripada jiwa sebegini. Aku nak update segala aktiviti aku sepanjang pekerja rasa macam hanya angan-angan.


2 3 hari lepas dapat tahu kawan aku bakal fly balik selangor. tinggal dengan abang dia dekat selangor. dahlah dia pindah balik kampung tak sempat nak kata apa-apa. Hilang dah sebelah sayap aku untuk menegur, melepak, bawa jalan sama-sama, makan sama-sama. Sekarang dah tak ada. Semua berubah :( 


Aku banyak fikir. Aku tak seronok macam dulu. Selalunya ada dalam 1 hari tu dia akan jemput aku balik ajak lepak tidur rumah dia. tolong dia buat kerja sampai dua-dua tertidur. Aku rasa itu jelah yang mampu nak kata. kekadang sedih sorang-sorang.. 


Entahlah~ hilang dah kekuatan jiwa nak menangis. Tangisan pun dah macam tak ada apa-apa menghilangkan rasa jiwa yang bercelaru. HUHU. 


Doakan ya~ 

Doakan kawan aku pun dipermudahkan urusan dia. Di mana pun dia berada. InshaAllah, doakan pertemuan kami bersatu. :) Aku hilang tempat teduhan kawan macam dia :) Aku tak nak tunjuk segala kesedihan itu dekat dia :) 


Bye! Fihifzillah.

No comments:

Post a Comment